Lima Di Tuduh Hisap Ganja Di Masjid.
KOTA BHARU – Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini
semalam atas tuduhan memiliki ganja seberat 7.60 gram di sebuah masjid
di Sungai Keladi di sini Isnin lalu.
Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon untuk
dibicarakan ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
Mereka ialah Mohd. Salman Ab. Rahman, 37, Khairul Anuar Mohd. Bajuri,
41, Abdullah Ghazali, 22, Shaifulizan Alias, 37, dan Abdul Halim Sabri,
30.
Mohd. Salman merupakan seorang peniaga barangan bundle dari Kuala
Lumpur, Khairul Anuar (pekerja kilang dari Johor Bahru) dan Shaifulizan
pemotong rumput dari Ipoh, Perak.
Abdullah pula bekerja sebagai kelindan lori dan Abdul Halim seorang buruh masing-masing berasal dari sini.
Menurut pertuduhan, mereka dituduh secara bersama memiliki dadah
jenis ganja (kanabis) seberat 7.60 gram di Masjid Kampung Tanjung Chat,
Sungai Keladi pada pukul 11.45 malam 19 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima
tahun.Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan 6 Januari depan untuk sebutan kes.
Sumber dari :- Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment