Saturday, 20 July 2013

Sisha HARAM

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia memutuskan shisha adalah haram. 
 Keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 17 Julai 2013 lalu bagi membincangkan isu shisha yang sering menjadi perhatian banyak pihak. Menurut kenyataan kepada TV3 itu, keputusan dibuat setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil kira bukti-bukti perubatan dan saintifik yang terperinci yang telah dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan serta kemudaratan besar akibat shisha. Tambah kenyataan itu lagi, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha, menjual shisha atau terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan shisha. 

 Justeru Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menasihat semua umat Islam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan shisha. Tambah kenyataan itu lagi, keputusan turut dibuat berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadith. Menurutnya kenyataan itu lagi, shisha jelas boleh membazir serta dianggap sebagai satu perkara yang buruk seterusnya ia perlu dihindari seluruh umat Islam.

See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Jual_Hisap_Shisha_Haram_Jawatankuasa_Fatwa.html#sthash.i7XoXha7.dpuf

Adakah rokok elektrik akan turut di HARAM.....