Setelah menggunakan mini vivi nova selama 3 hari,keputusanya agak mengecewakan.Mini vivi nova tidak sesuai digunakan dengan ego T 1100mh,sebaliknya hanya boleh di gunakan dengan set Lambo...itu pon kurang dari segi penghasilan wap...
Mungkin M.V.N ini lebih sesuai untuk ego T 650mh atau 900mh memandangkan ia menggunakan pengaliran berkuasa rendah..
Dengan menggunakan Lambo set,saya perlu merendahkan volt kepada 3.9,untuk mendapatkan wap yang lebih.Selain dari itu M.V.N tiada mempunyai sebarang masalah seperti kebocoran.Di bandingkan dengan Stardust,M.V.N mungkin dapat menandingi jika masalah voltage rendah dapat di tukar kepada voltage yang lebih tinggi.
Hari Jumaat aku telah memesan satu Clearomizer Mini Vivi Nova.Nampak cam menarik kerana saiz dan fungsi Clearomizer ni,boleh di buka dan mempunyai alat gantian jika Clearomizer ini rosak atau kurang berfungsi,Walaupon jangka hayat Clearomizer di antara 2-3 bulan,adakala jika tidak menjaganya dengan baik,alat ini akan mudah rosak seperti mengeluarkan rasa terbakar....
Waktu ni saya menggunakan stardust(CE4),2 dari 5 ce4 saya telah mengalami kerosakan dari segi rasa terbakar dan mengalami keretakan akibat jatuh.
Harga Mini vivi nova agak mahal sedikit iaitu RM35.00,saya gunakan untuk ego-t saya.
Dibekalkan dua alat gantian.
Komen mengenai clearomizer ni akan saya buat selepas menggunakan alat ini dlam seminggu.
Rokok elektronik telah dicipta oleh seorang ahli farmasi Cina Hon Lik
pada tahun 2003. Syarikat itu memperkenalkan produk ini kepada pasaran
adalah Golden Dragon Holdings yang kini dikenali sebagai Ruyans. Mereka
memulakan pengeluaran tahun 2005-06 dan mendapat paten antarabangsa
pertama mereka pada tahun 2007. Ini adalah produk yang membolehkan
merokok dimana sahaja kerana ia tidak mempunyai abu atau asap.
Kini Rokok elektronik mula popular di Europe dan USA.Mula masuk kepasaran Malaysia dalam beberapa tahun yang lepas.
Pada mulanya rupa bentuk e-cig sama seperti rokok biasa namun kandungan ada 100% berbeza, bahan yg sama terdapat dalam rokok elektrik adalah nicotin yang juga terdapat dalam rokok biasa.Namun kini perbagai rupa dan reka bentuk di cipta untuk kepuasan pengguna rokok elektronik.Malahan ketahanan bateri dan rasa juga telah berubah dan dipertingkatkan.
Saya adalah antara pengguna ecig sejak tahun 2010,dan saya nampak semakin ramai orang bertukar kepada rokok elektronik .Kenyataan lain dari WHO mengenai rokok elektronik boleh juga dilayari di
url berikut:
- http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/index.html.
Antara kelebihan rokok elekronik adalah :-
Tiada Tar, Toxic,karbon monoksida.
Selamat digunakan berdekatan orang ramai.tiada bau dan asap.
Tiada pembakaran atau api.
Tiada habuk dan putung rokok.
Lebih murah berbanding rokok biasa.
Tiada lagi nafas berbau.
Tiada lagi baju berbau dengan asap rokok.
Banyak lagi kelebihan rokok elekronik ini,namun begitu ada juga yang mempertikai keujudan rokok elektronik seperti menggalakkan remaja atau kanak membeli.Namun orang ramai perlu tahu untuk membeli rokok elekronik ini memerlukan pembayaran melaui credit card atau online banking yang memerlukan pengesahan,keberangkalian remaja dan kanak-kanak memiliki CC dan pandai menggunakan online banking adalah jarang ataupun tidak mungkin,berbandingkan membeli rokok tradisional yang boleh didapati di mana sahaja.
Bahan yang terdapat dalam cecair rokok electronik ada PG (Propylene Glycol) ,iaitu bahan yang selalu di gunakan dalam makanan.PG TIDAK di buat dari lemak haiwan.