Saturday, 20 July 2013

Sisha HARAM

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia memutuskan shisha adalah haram. 
 Keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 17 Julai 2013 lalu bagi membincangkan isu shisha yang sering menjadi perhatian banyak pihak. Menurut kenyataan kepada TV3 itu, keputusan dibuat setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil kira bukti-bukti perubatan dan saintifik yang terperinci yang telah dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan serta kemudaratan besar akibat shisha. Tambah kenyataan itu lagi, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha, menjual shisha atau terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan shisha. 

 Justeru Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menasihat semua umat Islam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan shisha. Tambah kenyataan itu lagi, keputusan turut dibuat berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadith. Menurutnya kenyataan itu lagi, shisha jelas boleh membazir serta dianggap sebagai satu perkara yang buruk seterusnya ia perlu dihindari seluruh umat Islam.

See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Jual_Hisap_Shisha_Haram_Jawatankuasa_Fatwa.html#sthash.i7XoXha7.dpuf

Adakah rokok elektrik akan turut di HARAM.....

Friday, 25 January 2013

Pening dengan persoalan bahayanya rokok electronik

Beberapa minggu yang lepas keluar berita mengenai bahayanya rokok elektrik kepada penggunaya.... Ramai bertanya aku mengenai pekara ni...cuma aku katakan kalu nak tau bahaya atau tidak cuba ler guna sendiri,malas dah aku nak menjawap sebab dah tau rokok tembakau yang difatwakan haram,namun masih ramai menggunakanya dengan selamber badak jer... Memang susah nak berubah bila ada pihak cuba menghalang kita dari berubah.... maklumat selanjutnya: BERITA SEMASA

Wednesday, 21 November 2012

Tak Bahaya Ker Hisap Rokok Elektronik Ni...

Persoalan yang adakala aku sendiri pening nak jawap,tak bahaya ker hisap rokok elektronik ni,"orang kata boleh menyebabkan kanser dan masalah kesihatan"

Sedangkan mereka sendiri sudah tahu yang rokok tembakau telah terbukti kesan sampingannya tapi korang masih menghisapnya.Hakikatnya mereka sekadar mencari alasan untuk TIDAK berhenti merokok.

Kajian sains terhadap rokok elektronik masih di peringkat awal,tiada lagi penggunaan rokok electronik menghadapai masalah kesihatan kesan dari penggunaan R.E(rokok elektronik) ini termasuk ler aku dan jiran aku.Yang penting tiada lagi bau yang tidak menyenangkan,batuk,tidur yang berdengkur,panas paru2 diwaktu pagi,mudah penat,peluh yang berbau,masalah gigi kuning,deria bau lebih sensitif,mata berair dan banyak lagi......

Itulah kesan yang sampingan bila aku menukar rokok tembakau kepada rokok elektronik.


Sunday, 21 October 2012

Harga Rokok Naik Lagi

Akhirnya harga rokok naik lagi...mesti ramai perokok tegar mengeluh dgn kenaikan ini,walaupun harga rokok naik hanya 0.20 sen.. Bila difikirkan kadar kenaikan 20 sen sekotak rokok  memang tak banyak mana pun sebab mereka mesti mampu lagi nak beli kecuali bagi mereka yang tak berkemampuan. Bagi pendapat aku, perokok-perokok nie semuanya kaya-kaya belaka sebab mereka nie membakar duit setiap minit, jam dan hari. Kalau dikumpulkan semua duit hasil belian rokok pasti boleh cecah juta-juta tu... mana tak jadi jutawan kalau macam tu, kan...
Rokok murah akan menjadi perhatian perokok selepas ni walaupun kesan dia bahaya...

Bagi diriku pula kenaikan ini tidak memberi impak langsung kepada ku sebab sejak 5 bulan lepas aku telah berhenti dari menghisap rokok .Pengganti rokok aku ada e-cigarrette...


Sunday, 30 September 2012

Bolehkah rokok elektronik menolong anda berhenti tabiat merokok.

Kajian klinikal menunjukan bahawa rokok electronik dapat membantu perokok tegar  berhenti dari tabiat merokok.Kajian terhadap dua individu yang telah merokok melebihi dari 10 tahun dapat berhenti dari merokok melebihi 6 bulan dari tarikh setelah menggunakan ecigarrette berbandingkan perokok yang cuba berhenti menggunakan ubat atau cara lain.

Namun begitu rokok elektronik perlu di buat kajian lebih mendalam supaya  dapat maklumat yang lebih tepat tentang kesan jangka panjang terhadap penggunanya,walaupun rokok elektrik lebih selamat dan menjimatkan berbandingkan merokok cara lama.







TUKAR TABIAT MEROKOK ANDA KEMUDIAN BERHENTI 
TERUS




Wednesday, 29 August 2012

Ulasan mengenai Mini vivi nova

Setelah menggunakan mini  vivi nova selama 3 hari,keputusanya agak mengecewakan.Mini vivi nova tidak sesuai digunakan dengan ego T 1100mh,sebaliknya hanya boleh di gunakan dengan set Lambo...itu pon kurang dari segi penghasilan wap...
Mungkin M.V.N ini lebih sesuai untuk ego T 650mh atau 900mh memandangkan ia menggunakan pengaliran berkuasa rendah..

Dengan menggunakan Lambo set,saya perlu merendahkan volt kepada 3.9,untuk mendapatkan  wap yang lebih.Selain dari itu M.V.N tiada mempunyai sebarang masalah seperti kebocoran.Di bandingkan dengan Stardust,M.V.N mungkin dapat menandingi jika masalah voltage rendah dapat di tukar kepada voltage yang lebih tinggi.

Lambo set